Pencemaran


Definisi pencemaran radioaktif

Pencemaran radioaktif adalah pencemaran yang sangat merbahaya. Radioaktif ini boleh memberikan kesan yang buruk kepada makhluk di bumi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia.Tetapi sekiranya ia di salahguna, ia akan memberikan kesan yang amat buruk bagi perkembangan manusia dan makhluk.

Penghasilan radioaktif

Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik. Mari lihat komponen reaktor nuklear tempat terhasilnya tenaga ini. 3 bahagian reaktor nuklear adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.  

BAHAGIAN BAHAN API MODERATOR SISTEM PENYEJUK
KOMPONEN Bahan radioaktif yang membekalkan tenaga nuklear seperti uranium Bahan yang melambatkan tindak balas contohnya grafit Sistem yang mengurangkan tenaga haba


  Kesan-kesan pencemaran radioaktif keatas manusia


Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi ion.

Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan ataom lain di dalam sel untuk menghasilkan kerosakan.

Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan sehingga menyebabkan sel-sel mati atau tak normal.

Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain.

Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif ialah risiko untuk mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.

Organ

Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai penyakit sinaran radioaktif.

Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman adalah seperti loya, muntah dan lemah anggota badan yang terhasill akibat saluran pemakanan tidak dapat berfungsi untuk menyerap sumber pemakanan.

Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan badan yang menentang jangkitan akan terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan kuman.

Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun.

Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di sekeliling kita.

Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan C danH di dalam atmosfera oleh sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang terdapat di dalam bumi (seperti uranium, thorium dan radon).

Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan yang diterima oleh manusia.

Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran radioaktif.

Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif yang tinggi ialah leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.

Dedahan

Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko kemunculan penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama.

Selain daripada leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila kanak-kanak terdedah kepada sinaran radioaktif yang tinggi.

Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi kencing, tulang dan kulit.

Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar ini tidak dapat dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan meningkatkan sinaran latar ini seperti ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear perlu diharamkan.




KESAN AKIBAT KESAN CARA MENGATASI
KEMALANGAN alam sekitar tercemar, maut,kanser, kemandulan Penggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan
PENCEMARAN SISA RADIOAKTIF alam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas Pembuangan sisa r/aktif hendaklah dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun.
PEPERANGAN Pembinaan senjata pemusnah yang besar Menghadkan penggunaan bahan radioaktif dalam pembinaan senjata



DISEDIAKAN OLEH : RUSYANTI BINTI AB AZIZ (199718)

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran
Pencemaran adat di dalam adat melayu
Adat ialah aturan perbuatan diturut atau dilakukan sejak dahulu kala. Adat juga dikenali sebagai kelakuan yang sudah menjadi kebiasaan atau amalan. Adat juga boleh dikatakan peraturan. Kerana jika melanggar adat sesuatu keturunan itu tidak akan berkekalan. Adat mewujudkan gagasan kebudayaan yang terdiri atas nilai-nilai budaya, norma, hukum, dan aturan yang dipercayai oleh setiap manusia. Adat bukan agama, akan tetapi adat adalah amalan bagi mengekalkan sesuatu budaya, generasi, bangsa dll. Bagi adat melayu Pepatah melayu berkata "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu.



Namun pada era globalisasi ini adat mula dilupai kerana ada yang berpendapat bahawa adat tidak perlu di ikuti lagi. Pada masa kini adat mula dilupai apabila manusia menganggap ianya satu perkara yang kolot, tidak penting, remeh, dan ianya tidak diperlukan apabila unsur-unsur luar mula memadam idealogi, kepercayaan dan budaya bagi sesebuah bangsa.
Sebagai contohnya adat melayu mempunyai pelbagai peraturan, kepercayaan namun apabila zaman berubah, zaman semakin moden adat tidak di ambil kira lagi. Contoh adat melayu yang tercemar pada masa kini seperti adat dalam perkahwinan. Untuk berkahwin orang melayu haruslah merisik terlebih dahulu namun ada segelintir yang melanggar adat dengan terus bertunang atau ada juga yang terus dengan menikah tanpa ada majlis merisik, meminang, bertunang, akad nikah, berinai, dan perkawinan. Pada masa kini masyarakat melayu ada yang menikah terus tanpa bertunang. Contohnya ada berlakunya pernikahan di sempadan Thailand. Ahli keluarga tidak mengetahui status perkahwinan. Ada juga yang bersanding tanpa mengikut adat melayu seperti acara yang dilakukan tiada lagi khatam Al-Quran, marhaban dan dll sebelum bersanding. Selain itu, ada juga masyarakat masa kini yang tidak langsung mengunakan lagi tepak sirih semasa meminang dan sebagainya. Kemajuan telah mengubah adat, dimana adat mula dilupai oleh generasi sekarang. Perkara ini telah mencemarkan institusi sesebuah adat melayu yang terkenal dengan adat. Ada juga yang mengatakan bahawa adat melayu dicampur adukkan dengan adat ornag india seperti, bersanding semasa majlis perkahwinan dan berinai. Ini juga ada yang berpendapat sebagai pencemaran yang berlaku didalam adat melayu. Masyarakat Melayu menggalakkan kunjung-mengunjung di antara jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara. Ini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita.
Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut di depan pintu atau di panggal tangga. Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun ia kenyang. Ia hendaklah menjamah sedikit hidangan itu. Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib. Pada masa kini manusia sudah tidak menghormati masa, seperti masa solat, atau waktu senja dimana pada waktu sedemikian kita tidak elok untuk mengziarahi ke rumag seseorang. Perkara ini menunjukkan wujudnya budaya yang tidak baik. Seteru itu menyebabkan adanya pencemaran adat.
Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib dan sopan. Adalah dianggap tidak sopan jika ia bersilang kaki sehingga nampak tapak kakinya. Semasa sampai dan apabila hendak balik ia harus bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada. Namun perkara sedemikian telah dilupakan. Tiada lagi bersalaman dan ada juga yang tidak menanggalkan kasut semasa memasuki ke rumah seseorang. Budaya luar telah membawa masuk unsur-unsur negatif yang mencemarkan adat melayu.



Pencemaran adat bukanlah satu masalah yang sangat besar,namun jika ianya tidak dibendung ianya akan terus meruntuhkan sistem adat yang wujud. Tradisi –tradisi yang turun temurun akan hilang begitu sahaja. Oleh itu warisan masa kini adalah tiang bagi terus mendirikan adat melayu hingga ke masa hadapan. Remaja harus mempelajari adat-adat yang ada supaya ianya mampu memimpin remaja ke jalan yang lebih positif, serta remaja mengetahui tradisi nenek moyang mereka dahulu kala. Biar mati anak jangan mati adat.


FIFI SAFEENA BT ZAINEE (206598)
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran
Pencemaran terma/haba

Dalam mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk , kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan pasti tidak dapat dielakkan . Disamping itu pula manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut. Banyak kesan-kesan negatif timbul akibat proses pembangunan dan modernisasi yang dilakukan secara terburu dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Pencemaran boleh menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian sepsis. Pencemaran yang akan saya bincangkan pula hari ini ialah pencemaran terma/haba.



Definisi

Pencemaran terma/haba ialah perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara sekitarnya yang yang berlaku khasnya akibat aktiviti manusia.



Punca-punca

Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan pencemaran terma/haba ini berlaku.

1) Peningkatan kawasan perindustrian .

2) Kewujudan bangunan bercermin.

3) Bandar raya yang pesat membangun.

4) Stesen penjanaan kuasa elektrik.

5) Pertambahan bilangan kenderaan bermotor.

Peningkatan kawasan perindustrian

Kawasan perindustrian seringkali membebaskan air panas yang telah digunakan ke dalam sungai. Keadaan ini mengakibatkan suhu air sungai meningkat . Apabila suhu sungai meningkat ia tidak sesuai berfungsi sebagai habitat hidupan akuatik , perkara ini berlaku kerana kandungan oksigen berkurangan dan ini menyukarkan hidpan akuatik untuk hidup di kawasan tersebut.

Kewujudan bangunan bercermin.

Apabila cermin digunakan sebagai dinding bangunan ini memburukkan lagi suhu kawasan sekitar. Ini kerana cermin yang berfungsi sebagai dinding tersebut akan menyerap haba dan memantulkannya ke atmosfera lalu memanaskan suhu sekitar.

Bandar raya yang pesat membangun

Apabila wujud banyak bangunan yang tinggi dan rapat dengan satu sama lain ini akan menyukarkan pengaliran udara. Bangunan-bangunan tersebut akan memerangkap udara yang berhabuk dan berkepekatan karbon dioksida yang tinggi. Udara di kawasan tersebut akan menjadi penebat haba dan kemudiannya suhu akan meningkat di kawasan tersebut.



Stesen penjanaan kuasa elektik

Stesen ini menghasilkan haba yang banyak dan selalunya didirikan di tebing sungai untuk dibekalkan air sungai untuk menyejukkanya. Dengan itu suhu air sungai akan meningkat dan di situlah berlakunya pencemaran terma/haba.

Pertambahan bilangan kenderaan bermotor.

Jumlah kenderaan bermotor di Malaysia telah meningkat dua kali ganda sejak 1980.Keadaan ini turut menyumbang kepada berlakunya pencemarn terma/haba di Malaysia. Ini kerana kenderaan tersebut mengeluarkam karbon dioksida yang mengakibatkan suhu menjadi semakin meningkat. Pertambahan bilangan kederaan akan mengakibatkan pertambaha suhu sekitarnya.

Kesan-kesan

1)Kematian

2)Pencairan ais di kutub

3)Ribut taufan dan angin monsun

4)Peningkatan bilangan vektor penyebab penyakit berjangkit


Kematian

Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran setiap tahun.

Pencairan ais di kutub

Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.


Ribut taufan dan angin monsun

Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.



Peningkatan bilangan vektor penyebab penyakit berjangkit

Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus.


Kesimpulannya.

Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.




Disediakan oleh : NUR ATIQAH DIN (206601)



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran




DEFINISI PENCEMARAN VISUAL


Pencemaran visual merujuk kepada elemen pada lanskap yang memberikan pandangan yang tidak menarik. Elemen ini yang terdapat dan bersepah di persekitaran kita adalah termasuk papan iklan yang bersaiz gergasi, pengiklanan jenis sederhana, lampu jalan, tanda isyarat, rantaian wayar telefon dan elektrik, pusat janakuasa elektrik, grafiti, lalang, sampah, bangunan dan kenderaan terbiar.



PENCEMARAN VISUAL



Pencemaran Visual merupakan pencemaran yang baru mendapat tempat memandangkan keadaan pencemaran visual kini semakin teruk. Pencemaran visual amat ketara berlaku dikawasan bandar.Pencemaran visual merupakan pandangan yang tidak menyenangkan dalam kalangan masyarakat yang memandang keadaan tersebut. Ia sama ada boleh membahayakan keselamatan dan menghalang manusia daripada menikmati keindahan alam dengan baik.

Secara umumnya, pandangan lanskap kini dipengaruhi oleh elemen-elemen pencemaran visual dan bukannya pada nilai-nilai estetika semulajadi atau buatan yang bercirikan pemandangan yang menarik.Selain itu,berdasarkan pemerhatian yang dibuat,boleh dikatakan bahawa kawasan yang tercemar dengan unsur atau elemen pencemaran visual adalah daripada poster-poster iklan mencari kerja serta iklan perniagaan secara kecil-kecilan.

Bahaya pencemaran visual ini adalah berdasarkan pada pandangan orang awam terhadap kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran ini. Sebagai contoh,bentuk lanskap sesebuah bandar diidentifikasikan oleh masyarakat berdasarkan nilai-nilai keindahan, bentuk pembangunan dan sebagainya. Namun, keunikan karekter bandar atau bandaraya berevolusi dengan sejarah, budaya dan pembangunan ciri lanskap perlahan-lahan hilang akibat daripada masyarakat yang telah menerima secara total pencemaran visual yang mendominasikan dan merosakkan persekitaran.





PENGARUH PENCEMARAN VISUAL TERHADAP NILAI ESTETIKA



Pengaruh pencemaran visual terhadap nilai estetika melihat kepada kesan yang berlaku akibat daripada pencemaran visual terhadap nilai estetika. Melihat kembali kepada maksud sebenar nilai estetika iaitu nilai keindahan atau kecantikan sesuatu objek.Pencemaran visual mampu memberikan kesan yang negatif kepada nilai estetika sesuatu kawasan kerana asas kepada kecantikan adalah elemen yang terdapat pada kawasan itu sendiri.

Kesimpulannya, pencemaran visual ini memerlukan pengawalan secara berterusan untuk menjamin kemampanan pembangunan dari segi persekitaran bandar dan nilai estetika. Kawalan terhadap pencemaran ini diperlukan bagi mengawal masalah ini agar tidak memudaratkan nilai estetika kawasan bandar dan memberikan pandangan negatif kepada pelancong asing serta orang awam

Disediakan oleh : Norshahira binti Zakaria ( 206620 )

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran
NORSHIMA BINTI AZMI (205531)

Budaya dan adat resam nenek moyang kita telah tercemar dengan adanya golongan belia yang sama sekali tidak menghiraukan makna sesuatu budaya dan adat itu.Tidak hairanlah anak-anak muda zaman kini sudah pandai melanggar pantang larang seperti berani mengenakan pakaian ketat,mewarnakan rambut,bertindik dalam kalangan kaum lelaki dan sebagainya.
Pepatah melayu yang selalu diungkapkan dahulu iaitu “rambut sama hitam tapi hati lain-lain” sudah tidak boleh digunakan lagi kerana kebanyakan remaja sekarang ini baik lelaki ataupun perempuan sudah mewarnakan rambut mereka yang kononnya lebih menarik dan bergaya.Bermula dari sinilah budaya-budaya dan nilai-nilai kesopanan melayu semakin hilang.Apabila satu budaya asing telah menular ke dalam diri golongan remaja kini,mereka akan lebih mudah menerima masuk budaya-budaya kuning yang lain seiring dengan peredaran masa kerana mereka sudah menganggap budaya-budaya tersebut telah sesuai dn sebti dengan jiwa mereka yang selalu dahagakan sesuatu yang baru. Oleh itu,pelbagai jenis budaya yang tidak sihat telah menular masuk dalam kalangan masyarakat kita terutama sekali kaum remaja.

BUDAYA POP BERAKAR UMBI

Berleluasanya budaya pop dalam kalangan generasi muda telah menjadi satu identiti untuk generasi tersebut terutamanya di Malaysia.Penularan masuk pelbagai budaya seperti budaya semacam mania yang memuja penyanyi-penyanyi pop terkemuka seperti Micheal Jackson,Madonna,Bruce Springsteen dan lain-lain di mana gambar-gambar dan poster mereka menghantui generasi muda zaman sekarang.Gaya berpakaian mereka juga sering ditiru sehinggakan terdapat pertandingan untuk meniru aksi-aksi penyanyi tersebut.Selain itu,fenomena ini berterusan dengan wujudnya pemujaan terhadap pelakon terkenal seperti Richard Gere,Tom Cruise,Julia Roberts dan lain-lain lagi telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan moden yang serba kompleks ini untuk generasi tersebut terutamanya di Malaysia.


BUDAYA BREAKDANCE

Selepas itu,masyarakat kita dikejutkan lagi dengan “budaya breakdance” yang mengagungkan lagu-lagu dari dunia pop yang mengandungi senikata yang erotis dan mampu menaikkan nafsu para pendengar terutamanya golongan remaja.Contohnya:Girls,I wanna have some fun,Don’t stop till you get the enough,I can’t stand it no more” dan sebagainya.Tarian ini diiringi dengan lagu hip hop,rap atau lagu remix yang menjadikan para remaja hanyut dalam menghayati lagu tersebut ketika melakukan tarian ini. Mereka yang terlibat dalam tarian ini juga mementingkan gaya penampilan supaya sesuai dengan identiti yang mereka bawa iaitu tarian breakdance ini.Mereka memilih jenama seperti Adidas,Puma atau Fila untuk kasut yang mereka gunakan kerana dikatakan memiliki kelenturan tinggi.



BUDAYA PUNK

Budaya punk adalah budaya yang berkembang daripada muzik rock punk yang bermula di New York,London dan kemudiannya tersebar serta menjadi popular pada tahun 1977 dalam kalangan remaja.Budaya ini berkembang melalui fesyen,muzik,seni,media dan kelakuan yang tersendiri yang biasanya mengejutkan, gelap dan berunsurkan pemberontakan pada sesuatu pihak.Muzik punk yang pantas,bingit dan kasar sememangnya mampu untuk untuk merosakkan akhlak remaja dan menggalakkan kegiatan jenayah berleluasa.Mereka yang terjebak dalam budaya ini memiliki penampilan yang berbeza-beza dan ada sebahagiannya berfesyen semata-mata untuk menunjukkan keberanian dan mengagungkan mesej punk mereka.Mereka mengenakan jeans dan pakaian yang telah dikoyak,boot Doc Martens,pakaian serba hitam,seluar ketat(skinny pants),rambut fesyen Mohawk,stail terpacak, dan juga rambut yang diwarnakan dengan pelbagai warna.Mereka juga mengenakan aksesori seperti rantai besi,gelang tangan spikes,lencana,symbol nazi,salib terbalik dan anarki,membuat tatu serta menindik badan mereka.



BUDAYA BLACK METAL

Budaya Black Metal adalah budaya yang bersendikan kepada pemujaan syaitan. Budaya ini diasaskan di barat yang terkenal dengan muzik yang berentak keras,bingit serta liriknya kasar,menjerit serta sebutannya tidak jelas.Mesej yang di bawa dalam lagu ialah menolak kewujudan Tuhan,menggalakkan seks rambang dan keganasan.Lirik lagu sememangnya liar dan ada yang mengatakan bahawa muzik ini adalah bunyi syaitan tetapi ia tetap indah pada pengikutnya.Pengikut budaya ini mengenakan pakaian yang serba hitam,membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima.Logo yang digunakan oleh mereka adalah berbentuk tengkorak yang sudah menjadi barang perhiasan yang dipakai oleh para pengikut kumpulan ini.Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara pemujaan syaitan,meminun darah kambing dan memakai salib yang diterbalikkan.

BUDAYA REMPIT

Mat rempit dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah individu yang terlibat dalam perlumbaan haram yang kebiasaannya melibatkan motosikal yang dikenali sebagai kapcai atau skuter.Tidak semua golongan Mat Rempit ini terlibat dengan perlumbaan haram tetapi terdapat sesetengah dari mereka lebih suka untuk menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan untuk keseronokan diri seperti wheelie,superman(berbaring diatas tempat duduk motosikal)wikang dan scorpion(berdiri diatas tempat duduk dengan satu kaki semasa melakukan aksi wheelie).Sesetengah mereka yangterlibat dalam gejala merempit ini tidak lagi mempunyai lesen yang sah,tidak membayar cukai jalan dan ada yang menunggang motosikal yang dicuri.Mereka juga mempunyai hubungan dengan kumpulan samseng,kumpulan perompak,pergaduhan,mencuri dan membuli golongan yang lemah.


PUNCA-PUNCA
a) Pengaruh persekitaran
-Gaya fesyen yang ditonjolkan keterlaluan
-Kebebasan hidup dan kesibukan masyarakat sehingga tidak mempedulikan orang lain
-Terdapat pelbagai pusat hiburan dan kelab-kelab malam
-Pembudayaan barat dalam kalangan masyarakat muda

b) Kelemahan institusi keluarga
-Remaja tinggal berjauhan dengan keluarga
-Ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas sehingga mengabaikan tanggungjawab
-Anak tidak mendapat asuhan dan kasih sayang
-Alam rumah tangga tidak teratur
-Perpisahan ibubapa
-Keadaan sosioekonomi yang sempit
-Ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anak

c) Kurangnya pendidikan dan penghayatan agama
-Tekanan belajar
-Ibubapa kurang menitik beratkan hal pendidikan anak-anak
-Pengabaian isu agama dalam kalangan pelajar itu sendiri
-Kesedaran sivik dan akidah yang rendah

d) Pengaruh rakan sebaya
-Golongan kawan yang tidak sesuai
-Kurang ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu
-Pendedahan maklumat yang salah oleh rakan

e) Pengaruh media
-Penyampaian maklumat yang tidak sesuai
-Ikon hiburan

f) Diri sendiri
-Tiada keyakinan
-Mencari perhatian masyarakat dan keluarga
-Kurang jati diri
-Iman tidak teguh
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran

DISEDIAKAN OLEH: KHAIRUL NASIHAH BINTI ABDUL RASHIT (205553)
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.
Tumpahan minyak di Teluk Mexico April'10

KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.


LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran
       pencemaran bunyi ialah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan meyebabkan kacau ganggu. pencemaran bunyi adalah sesuatu yang subjektif di mana seseorang boleh menganggap bunyi itu sebagai kurang menyenangkan  manakala bagi bagi orang lain adalah sebaliknya. oleh itu, sama ada sesuatu bunyi itu adalah pencemaran bergantung kepada  kuantiti bunyi, kualiti bunyi, dan sikap penerima bunyi berkenaan. walau bagaimanapun, bunyi yang melebihi 75 dB dianggap sebagai pencemaran.

KLASIFIKASI BUNYI

        pencemaran bunyi dapat diklafikasikan kpd beberapa jenis iaitu kebisingan selenjar, kebisingan fluktasi, hentakan impuls & kebisingan selang-seli.
       kebisingan selenjar merupakan kebisingan yg selar dan kurang drpd 3dB. ini berlaku apabila seseorang berbisik kerana gelombang bunyi  bergetar dgn lebih perlahan. manakala kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yg lebih tinggi & rendah. pada tahap ini, getaran gelombang bunyi akan bergetar lebih cepat drpd kebisingan selejar. getaran gelombang adalah sekitar 3dB sahaja. seterusnya, hentakan impuls.hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dlm tempoh yang singkat.contohya tembakan, ketukan atau lagaan drpd benda keras. lazimnya, tahap getaran gelombnag ini akan memuncak &menurun dengan lebih cepat.pada tahap ini juga, intensiti bunyi ialah melebihi 80dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. akan tetapi intensiti ini masih  menunjukkan tahap bunyi yang tinggi kerana bunyi yg kuat memberi kesan yang lama terhadap geteran. jenis terakhir pencemaran bunyi ialah kebisingan selang-seli. kebisingan ini berlaku secara selang seli. ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan & kuat dalam jangka masa pendek. contohnya: ketika seseorang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak & getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu diberhentikan.




PUNCA PENCEMARAN

antara punca-punca pencemaran ialah :
a. bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan lain-lain yang banyak menyumbang ke
    arah pencemaran ini.


b. pembangunan kawasan industri mengeluarkan bunyi melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan,
   aktivi pembuatan akan menjejaskan ketenteraman kepada orang ramai dan memberi kesan kepada
    manusia seprti gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
    
c. pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan bunyi apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam
    tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.



         

d.kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batuke lori
   turut menjadi punca pencemaran ini.




KESIMPULAN

       malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. namun dalam kepesatan pembangunan itu, ramai tidak menyedari  bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.

    
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran
NOOR FADILAH BINTI MOHD SAUFI (205529)

DEFINISI

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.

JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain.

JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).



PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.



TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran
Bahasa secara teorinya ialah alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Lewat kebelakangan ini, penggunaan bahasa Melayu dikatakan telah dinodai, dikotori dan telah dicemari ! Benarkah dakwaan tersebut ?? Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu iaitu kecintaan kita, nyawa kita bagi orang-orang melayu telah tercemar ?? Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran bahasa ?? Khususnya dalam Kamus Dewan edisi ke 3, pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat.

Antara ciri-ciri pencemaran bahasa  ialah :

1) Pengutamaan bahasa asing
2) Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
3) Kesalahan ejaan
4) Pemilihan kosa kata yang kurang tepat
5) Pencampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan sebagainya.

contoh mesej

Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau diperkenalkan. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang utama dan digunakan dalam pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan seharian kepada penggunaan rasmi dalam istana.
Kini bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.Bahasa ini teruji apabila sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini diajarkan dalam bahasa melayu ditukarkan format ke dalam bahasa inggeris atau bahsa penjajah.Pertukaran ini menjatuhkan maruah bahasa melayu.
Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu, bahkan menjadi masalah golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri yang menjadi mangsa. Pelajar eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti bahasa yang perlu digunakan sedangkan mahir dalam bahasa ynag digunakan. Disini dapat dilihat pencemaran bahasa telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu  secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah.
Malah, antara sebab kemerosoan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan berpunca daripada budaya perkhidmatan sms dan sembang Internet di kalangan pelajar. Ramai calon menggunakan singkatan perkataan dalam esei mereka seperti yang dilakukan ketika bersembang atau sms. Setiap hari kita dapat melihat iklan sms ynag memaparkan penggunaan kata singkatan , kod, atau simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak . Seeseorang itu tidak sepatutnya terikut-ikut dengan ragam bhasa basahan hingga menggunakannya ketika melakuka urusan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo. Antara contoh penyampaian dalam sms ialah, ' x
' bagi maksod tidak, ' 4 ' bagi maksod untuk, ' cmne ' bagi maksod macam mana, ' u ' bagi maksod awak, ' tq ' bagi maksod terima kasih, ' lg ' bagi maksod lagi dan sebagainya.


Penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Usaha untuk mengelakkan bahasa rasmi oleh sms patut dipikul oleh semua pihak, misalnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memberi khidmat nasihat bahasa, kursus, ceramah dan kempen kesedaran. Selain itu, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim, berkata DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Katanya,semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan , sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.


_____ jai _______
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran
                                                                                 DEFINISI

 Pencemaran tanah dapat ditakrifkan sebagai                                             
perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga terjadi pertukaran warna,kesuburan,dan
hakisan.Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk
cecair atau pepejal.




 PUNCA-PUNCA

         Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang
tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan
pencemaran tanah berlaku.Terdapat dua kaedah pembuangan
sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan
kaedah pembakaran.Walaupun sampah sarap dapat dilenyapkan
dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini namun
tanpa pengawalan yang rapi,kedua-dua teknik inijuga boleh
memberi masalah yangserius jepada alam sekitar.

       Selain itu,Pembuangan sisa toksik dan nuklear juga akan
menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Apabila sisa toksik dan
nuklear telah mencemari permukaan tanah,maka ia akan
menyebabkan kualiti tanah merosot.Hal ini akan memberi impak
yang besar kepada manusia serta alam sekitar.

     Tambahan pula,penebangan hutan juga akan menyebabkan
 pencemaran tanah berlaku.Kawasan hutan ditebang untuk
mendapatkan hasil balak yang mempunyai keuntungan lumayan.
Penebangan hutan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi
 longgar.Hal ini disebabkanketiadaan akarpokok untuk
mencengkam tanah.Kesannya,tanah runtuh akan terjadi dan
akan membahayakan nyawa penduduk yang tinggal brehampiran
kawasan itu.


                         KESAN-KESAN


           Penyebaran kuman-kuman penyakit merupakan salah kesan yang akan timbul kesan daripada pencemaran tanah.Haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat lain.Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas,seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja maka manusia akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

             Selain itu,Kerosakan tanah dan kualitinya juga merupakan kesan yang akan timbul apabila terjadinya pencemaran tanah.Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang kualiti.Tanah yang kurang kualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam hidup dengan tidak sempurna dan kurang subur.
             Hakisan tanah juga akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku.Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara.Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,misalnya tanah runtuh dan gempa bumi.Terdapat banyak yang sedang diancam hakisan tanah.Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan tanah adalah pembersihan dan pembajakkan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada runtuh.

     LANGKAH MENGATASI

             Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah.Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu,dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan.

             Selain itu,kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen cintailah sungai kita,kitar semula,dan sahabat alam.Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.

             Pendedahan media masa juga merupakan salah satu cara yang boleh di ambil untuk menangani isu pencemaran tanah.Pada hari ini,media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Oleh itu,dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran alam,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.






Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran
Pencemaran boleh dimaksudkan sebagai percampuran sesuatu benda atau perkara yang tercemar masuk ke dalam sesuatu perkara yang positif. Perkara tercemar tersebut akan memberikan kesan-kesan yang buruk kepada alam sekitar, budaya dan bangsa sekiranya tidak di tangani. Disini penulis ingin menghuraikan secara detail beberapa pencemaran yang boleh didapati di Malaysia.
Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
       
         i - Pencemaran alam sekitar

                 - Pencemaran air

                 - Pencemaran udara

                 - Pencemaran tanah

                 - Pencemaran radioaktif

                 - Pencemaran bunyi

                 - Pencemaran haba/ terma

                 - Pencemaran visual

         ii - Pencemaran budaya

         iii - Pencemaran bahasa
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Pencemaran

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO