Pencemaran




DEFINISI PENCEMARAN VISUAL


Pencemaran visual merujuk kepada elemen pada lanskap yang memberikan pandangan yang tidak menarik. Elemen ini yang terdapat dan bersepah di persekitaran kita adalah termasuk papan iklan yang bersaiz gergasi, pengiklanan jenis sederhana, lampu jalan, tanda isyarat, rantaian wayar telefon dan elektrik, pusat janakuasa elektrik, grafiti, lalang, sampah, bangunan dan kenderaan terbiar.



PENCEMARAN VISUAL



Pencemaran Visual merupakan pencemaran yang baru mendapat tempat memandangkan keadaan pencemaran visual kini semakin teruk. Pencemaran visual amat ketara berlaku dikawasan bandar.Pencemaran visual merupakan pandangan yang tidak menyenangkan dalam kalangan masyarakat yang memandang keadaan tersebut. Ia sama ada boleh membahayakan keselamatan dan menghalang manusia daripada menikmati keindahan alam dengan baik.

Secara umumnya, pandangan lanskap kini dipengaruhi oleh elemen-elemen pencemaran visual dan bukannya pada nilai-nilai estetika semulajadi atau buatan yang bercirikan pemandangan yang menarik.Selain itu,berdasarkan pemerhatian yang dibuat,boleh dikatakan bahawa kawasan yang tercemar dengan unsur atau elemen pencemaran visual adalah daripada poster-poster iklan mencari kerja serta iklan perniagaan secara kecil-kecilan.

Bahaya pencemaran visual ini adalah berdasarkan pada pandangan orang awam terhadap kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran ini. Sebagai contoh,bentuk lanskap sesebuah bandar diidentifikasikan oleh masyarakat berdasarkan nilai-nilai keindahan, bentuk pembangunan dan sebagainya. Namun, keunikan karekter bandar atau bandaraya berevolusi dengan sejarah, budaya dan pembangunan ciri lanskap perlahan-lahan hilang akibat daripada masyarakat yang telah menerima secara total pencemaran visual yang mendominasikan dan merosakkan persekitaran.





PENGARUH PENCEMARAN VISUAL TERHADAP NILAI ESTETIKA



Pengaruh pencemaran visual terhadap nilai estetika melihat kepada kesan yang berlaku akibat daripada pencemaran visual terhadap nilai estetika. Melihat kembali kepada maksud sebenar nilai estetika iaitu nilai keindahan atau kecantikan sesuatu objek.Pencemaran visual mampu memberikan kesan yang negatif kepada nilai estetika sesuatu kawasan kerana asas kepada kecantikan adalah elemen yang terdapat pada kawasan itu sendiri.

Kesimpulannya, pencemaran visual ini memerlukan pengawalan secara berterusan untuk menjamin kemampanan pembangunan dari segi persekitaran bandar dan nilai estetika. Kawalan terhadap pencemaran ini diperlukan bagi mengawal masalah ini agar tidak memudaratkan nilai estetika kawasan bandar dan memberikan pandangan negatif kepada pelancong asing serta orang awam

Disediakan oleh : Norshahira binti Zakaria ( 206620 )

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
2 Responses
  1. Nurul Aina Says:

    INFO YANG BAGUS DAN LENGKAP. HALALKAN ILMU INI UNTUK SAYA MEMBACANYA


  2. Unknown Says:

    info yang padat, halalkan saya utk amik certain point utk assignment sayaa


Post a Comment